Tajuk
buku: Wacana Bahasa.
Pengarang:
Normaliza Abd Rahim.
Penerbit:Universiti
Malaysia Terangganu (UTM).
Ulasan
Wacana Bahasa merupakan sebuah buku
yang membincangkan secara langsung tentang perkaitan teknologi, bahasa, teater
dan kesusasteraan atau sastera. Buku ini amat sesuai kepada pelajar-pelajar di
peringkat sekolah menengah, kolej-kolej dan pelajar universiti khususnya yang
mengambil kos yang berkaitan bahasa dalam multimedia. Pelbagai ilmu yang
berkaitan dengan teknologi, bahasa, teater dan kesusasteraan terdapat
didalamnya.
Di dalam buku ini, terdapat 9 subtopik
iaitu teater kanak-kanak(teater), penggunaan media teknologi(teknologi),
penulisan papan cerita(teknologi),
pantun Melayu(kesusasteraan), sajak Melayu(kesusasteraan), kata kerja dalam
cerita binatang(bahasa), antonim bahasa Melayu(bahasa), penerapan nilai sosial
melalui lakonan cerita(teater) dan nilai murni dalam peribahasa Melayu(bahasa).
Buku wacana bahasa hasil penulisan
Nomaliza Abd Rahim amat menarik kerana menggabungkan 4 aspek yang berbeza tetapi digabungkan di dalam
sebuah buku. Apabila membaca buku ini pembaca akan dapat mengetahui bahawa
pengarang sedang cuba untuk membawa pembaca mengaplikasikan keempat-empat aspek
itu. Pembaca perlu membaca dan memberikan penumpuan pada setiap subtopik atau
bab. yang terdapat di dalam buku ini.
Bagi aspek atau bahagian teater.buku
ini menerangkan tentang teater kanak-kanak. Di dalam subtopik ini, pengarang
akan menerangkan apa itu teater kanak-kanak? Bagaimana kanak-kanak ini menonton
teater dan apa pandangan kanak-kanak ini selepasa menonton sesebuah teater
kanak-kanak. Kesannya ialah kanak-kanak akan meniru semula watak atau suara
yang terdapat dalam sesebuah teater yang ditontonya. Kesanya ini benar kerana
pengarang sendiri yang menjalankan kajian terhadap kanak-kanak ini.
Bagi aspek teknologi pula,terdapat dua
tajuk yang berkiatan dengan teknologi iaitu penggunaan media teknologi dan
penulisan papan cerita. Bagi penggunaan media teknologi pembaca harus memberikan
tumpuan pada bab ini kerana pengarang menerangkan tentang perkembangan
teknologi yang terdapat di negara ini. Terdapat berberapa peringkat dalam
penggunaan teknologi iaitu peringkat
permulaan, perluasan, kawalan, teknologi maklumat, pengurusan data dan
kematangan. Selain itu pada subtopik atau bab ini juga pembaca akan mendapat
ilmu mengenai bagaimana untuk menghasilkan satu shot video klip. Satu shot
video klip adalah aktiviti yang melibatkan penggunaan video yang cuma
menggunakan satu shot sahaja tanpa mengerakkan video tersebut.
Seterusnya penulisan papan cerita.
Bagi subtopik ini pengarang akan membawa pembacanya untuk mengetahui apa yang
dimaksudkan dengan papan cerita? Bagaiamana cara menentukan tema dalam papan
cerita? Bagaiamana cara mencipta pantun dua kerat atau empat kerat untuk papan
cerita dan bagaimana cara menggunakan teknologi dalam papan cerita? Pengarang
menggunakan medium yang ringkas dalam penulisan papan kunci iaitu pantun.
Pantun menjadi pillihan kerana pantun amat sesuai untuk digunakan jika masej
yang ingin disampaikan itu ingin ditujukan kepada seseorang di dalam sesuatu
majlis. Kebiasaannya dalam sesuatu majlis pantun dua kerat akan selalu
digunakan berbanding pantun empat kerat. Hal ini kerana, pantun ini mempunyai
masej, mudah untuk difahami dan pendegar berasa begitu selesa setelah
memahaminya.
Seterusnya ialah pantun Melayu, pantun
Melayu tergolong di bawah aspek atau komponen kesusasteraan Melayu. Pada bab
ini pengarang akan menerangkan tentang asal usul pantun Melayu, jenis-jenis
pantun Melayu struktur asas sesebuah pantun yang dicipta dan menganalisis wacana
interaksi pelajar di dalam sebuah
kumpulan kecil semasa perbincangan dan perbualan mengenai pantun Melayu dan
lain-lain. Pantun ialah salah satu puisi lama yang masih digunakan sehingga
kini. Pantun juga dianggap sebagai satu khazanah Melayu yang tinggi nilainya
jika tidak dijaga akan pupus ditelan zaman.puisi yang berbentuk pantun ini
dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan sesuatu masej dan luahan perasaan hati
seperti perasaan sedih, gembira dan lain-lain. Menurut pengarang pantun pada
masa kini mempunyai dua jenis pantun iaitu pantun tradisional dan pantun moden.
Pada asasnya pantun terdiri dari empat baris yang boleh berdiri sendiri dengan
skema rima abad. Dua baris diatasnya
merupakan pembayang dan dua baris berikutnya mengandungi isi.
Seterusnya subtopik yang berada di
bawah aspek atau komponen kesusasteraan ialah sajak Melayu. tujuan penulisan
sajak Melayu adalah untuk menceritakan sesuatu perkara yang berlaku. Selain
itu, sajak juga ditulis untuk meluahkan perasaan terhadap alam, keindahan,
percintaan serta nilai estetika yang lain. Bagi mengetahui sesebuah sajak itu
mempunyai citra manusia atau kemanusian terdapat satu teori yang dapat yang
boleh mengasingkannya teori tersebut ialah Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L
(Luhur,Lahir,Logik,Lateral). Terdapat juga satu kajian yang dilakukan di dalam
bab ini, kajian ini dilakukan dengan memberikan dua buku yang berlainan karya
A.Samad Said iaitu buku “Jika” dan “Waris Bertuah”. Tujuan kajian ini dilakukan
sebenarnya adlah untuk menganalisis maksud yang disampaikan di dalam sajak
tersebut.
Pada sabtopik ke enam ini, pengarang
akan menjelaskan tentang aspek bahasa iaitu aspek kata kerja dalam cerita
binatang. Pembaca perlu memberikan penumpuan kajian ini dilakukan ke atas
pelajar yang menghidapi penyakit sindrom asperger. Penyakit sindrom asperger
lebih memerlukan tumpuan terhadap perlakuan yang berulang kali dalam cerita
sosial. Terdapat satu kajian yang dilakukan dan dibahagikan kepada tiga demensi
atau bahagian iaitu penggunaan kata kerja pelajar sindrom asperger, persoalan
daripadapelajar sindrom asperger itu sendiri dan penceritaan yang disampaikan
oleh pelajar sindrom asperfer. Bagi pelajar sindrom asperger, mereka sukakan
pergerakan yang berulang-ulang atau dalam kata yang lebih mudah iaitu banyak
kali supaya mereka ini mudah faham dan cepat menguasainya. Contohnya perkataan
yang digunakan dalam penceritaan cerita binatang ialah lompat, lari, makan,
jerit, tidur dan lain-lain. bagi contoh pertanyaan yang diutarakan oleh pesakit
sindrom asperger ini ialah “mengapa arnab itu melompat? bila kuning itu jatuh?
dan kenapa tikus itu berlari?”
Salah satu aspek bahasa yang menjadi
pilihan pengarang ialah antonim bahasa. Pada subtopik ini pembaca akan mendapat
ilmu yang berkaitan dengan apa yang dimaksudkan dengan antonim, peranan bahasa
Melayu, kesalahan tatabahasa dari aspek fonologi bagi pelajar yang bukan penutur
jati atau asli bahasa Melayu. Peranan bahasa yang diulaskan di dalam buku ini
ialah bahasa boleh menjadi satu alat penghubung yang menyatukan masyarakat atau
rakyat di Malaysia dan menjadikan bahasa komunikasi dalam masyarakat
terutamanya dalam kalangan pelajar. Selain itu terdapat juga penerang mengenai penggunaan
antonim dalam pembentukan soalan dan
penggunaan antonim dalam pembentukan ayat.persoalan-persoalannya berbentuk
seperti “mengapakah”, “bilakah” , “bagaimanakah” dan “siapakah” Contoh
penggunaan antonim dalam perbentukan soalan ialah “mengapakah budak lelaki itu
tinggi dan budak perempuan itu rendah? adakah dinding kedai itu hitam atau
putih? bilakah tali panjang itu dipotong menjadi pendek? dan bagaimanakah cara
hendak membuat air panas menjadi sejuk?”
Pada bab kelapan ini, pengarang akan
menerangkan tentang bagaimana cara menerapkan nilai-nilai murni atau sosial
melalui lakonan cerita kepada pelajar-pelajar yang menghidapi penyakit sindrom
asperger. Terdapat satu teori yang diaplikasikan oleh Baron-Cohen, Alan Leslie
dan Uta Firth iaitu teori “theory of mind”. Teori ini ialah satu teori
psikologi yang sangat popular untuk
kanak-kanak yang menghidapi penyakit asperger. Pada peringkat ini nilai sosial
melalui lakonan cerita berteraskan berberapa konsep iaitu konsep terima kasih
dan pertolongan, nilai beratur di dalam kehidupan seharian mereka dan
tolong-menolong. Kesan daripada cerita kasih sayang dan tolong ini akan
membantu mereka iaitu pelajar sindrom asperger untuk menambah keyakinan diri
mereka. Bagi cerita kedua pula iaitu nilai beratur dalam kehidupan seharian
mereka, kesan yang diperolehi ialah membantu dari aspek sikap yang berdisiplin
bagi cerita ketiga atau terakhir iaitu tolong-menolong, kesanya yang diperolehi
ialah pelajar yang menghadapi penyakit sindrom asperger ini akan dapat saling
membantu antara satu sama yang lain. Berdasarkan ketiga-tiga cerita sosial ini
pembaca akan dapat membantu kanak-kanak ini dalam kehidupan seharian mereka.
Bab terakhir di dalm buku wacana
bahasa karya Normaliza Abd Rahim akan menerangkan aspek bahasa iaitu nilai
murni dalam peribahasa Melayu. pada bab ini pengarang akan menerangkan tentang
apa yang dimaksudkan dengan peribahasa? penghasilan sesebuah peribahasa
berdasarkan apa? nilai-nilai yang terdapat dalam sesebuah peribahasa. Maksud
peribahasa ialah satu cara penyampaian sesuatu maklumat dengan menggunakan
bahasa yang halus serta memerlukan pergertian yang mendalam. Selain itu, dalam
bab ini juga pengarang ada memberitahu penghasilan sesebuah peribahasa itu
berdasarkan latar tempat atau latar belakang budaya, pengalaman dan struktur
skema imej pengguna atau penutur. Terdapat banyak contoh-contoh peribahasa yang
mengandungi nilai di dalamnya antaranya ialah seperti kunyit dan kapur (nilai
mudah mesra), kalau takut hendak pecahkan royong manakan dapat sagunya (nilai
usaha), bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat (nilai
perpaduan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan