Salam dan selamat sejahtera semua, aq nak share satu lagi ulasan buku yang aq buat. buku ini agak susah sdkit kerana di tulisan dalam bahasa inggeris kemudian aq traslate ke bahasa Melayu. harap semua yang membaca akan paham ape yang aq cuba smpaikan...salam...
Tajuk : Learning Through Blog Writing
(Embracing the Techonogy)
Pengarang : Normaliza Abd Rahim
Penerbit : Universiti Malaysia
Terangganu (UTM).
Ulasan
Buku Learning Through Blog Writing
(Embracing the Techonogy) karya Normaliza Abd Rahim ini menerangkan tentang
penggunaan dan kebaikan dalam menggunakan
satu media sosial yang dikenali sebagai blog. Buku ini juga akan
membantu pembaca untuk menjadi seorang blogger. Dalam era perkembangan maklumat yang berada di
hujung jari ini, media sosial seperti blog adalah medium yang penting dalam
mendapat maklumat dan ilmu tambahan.
Berdasarkan buku ini pembaca akan
mendapati bahawa terdapat lapan subtopik yang berkaitan dengan blog.
Subtopik-subtopiknya ialah apa yang dimaksudakn dengan blog dan apa itu penulisan
blog ( What is Blog and Blog Writing), belajar penulisan blog ( Studies on Blog
writing ), perspektif terhadap pembelajaran blog ( Perspective Towards Blog
Learning ), penulisan dalam blog mampu meningkatkan hasil pembelajaran (
writing in blog to enhance learning ),
cerita musim luruh dalam penulisan blog (autum stories in blog writing), blog
merupakan satu medium atau media
pembelajaran bahasa dan kesusasteraan ( blog as media learning language and
literature ), memulakan penuisan blog pada hari ini.( let’s start blogging now
) dan etika penulisan dalam blog (ethics
in blog writing ).
Berdasarkan subtopik atau bab satu
dalam buku belajar cara penulisan blog yang betul atau Learning Through Blog
Writing (Embracing the Techonogy) ini
karya Normaliza Abd Rahim ini. Pengarang akan menceritakan tentang apa yang
dimaksudkan dengan blog dan bagaiamana cara penulisan blog. Berdasarkan buku
ini, persoalan apa yang sebenar mengenai blog akan terjawab. Blog adalah satu
ruangan untuk perbincangan penulisan secara formal atau tidak formal. Melalui
blog, pengguna juga boleh menggunakanya untuk berkongsi pengalaman,
pengembaraan dan perjalanan hidup kita. Selain itu terdapat juga pengguna yang
bijak dan mengambil kesempatan ini untuk menjana keuntungan. Golongan ini akan
menggunakan media sosial seperti blog untuk berniaga secara atas talian atau online. Kebiasaannya aktiviti ini
dijalankan secara separuh masa atau partime
tetapi ada juga yang melakuakn perniagaan jenis ini sepenuh masa.di samping
itu, blog juga merupakan satu media yang akan berkesan dan popular yang
digunakan oleh masyarakat kini untuk mendapatkan sesuatu maklumat.
Seterusnya bagaimana cara penulisan
blog yang sebenarnya. Dalam buku ini menerangkan terdapat 11 tip atau cara
menulis dalam blog yang berkesan.
Antaranya ialah mempunyai atau memiliki sesuatu untuk diceritakan,
penceritaan sesuatu itu biar mendalam atau spesifik, penekanan kepada pemilihan
kata yang ringkas, penggunaan ayat-ayat yang bersifat ringkas atau tunggal,
menggunakan pendekatakan suara yang berisifat positif, penggunaan
perenggan–perenggan pendek, mengurangkan penggunan perkataan yang tidak
sepatutnya dan tidak terlalu berlebih-lebih ketika menceritakan tentang sesuatu
itu. Selain itu, menurut buku ini juga terdapat 20 langkah untuk menulis blog
yang menarik. Antaranya ialah beritahu cerita yang ingin disampaikan, berkongsi
apa yang kamu rasa atau bagaimana dengan perasaan kamu semasa menulis, menulis
sesuatu atau perkara yang penting tentang diri anda sendiri, menulis dengan
pelbagai jenis penulisan, tidak tetap pada satu perkara sahaja contohnya
penulisan mengenai ekonomi, sejarah dan sains, menyedari kesilapan dan tidak
melakukannya lagi, mencari sesuatu yang menarik tentang anda atau dalam
kehidupan anda, membuat brainstorm, memperbanyakkan latihan dalam penulisan
blog dan banyak lagi yang boleh perolehi didalam buku ini.
Pada bahagian atau subtopik kedua,
buku ini menceritakan tentang bagaimana cara belajar penulisan blog. Pengarang
akan membawa pembaca tentang perbincangan kajian yang dilakukan oleh penyelidik
dari seluruh dunia yang berkaitan dengan penulisan blog. Selain itu, bab ini
juga ada menceritakan bahawa menerusi blog akan meningkatkan keyakinan pelajar
bagi aspek bertulis dan akan membantu mereka memaksimumkan usaha mereka. Di
samping itu, belajar melalui media sosial seperti blog merupakan satu cara
pembelajaran yang mempunyai nilai positifnya dan berkesan. Blog merupakan satu
medium untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca tetapi penulis blog tidak
akan mementingkan ganjaran. Mereka hanya berkongsi sedikitik ilmu yang
diperolehi olehnya sahaja.
Bagi subtopik perspektif terhadap
pembelajaran blog ini, pengarang akan menceritakan tentang perspektif atau
pandangan yang meliputi jenis-jenis penulisan yang disukai oleh pelajar semasa
menulis dalam blog. sama ada puisi, cerpen, skrip, pantun dalam kesusasteraan
atau surat, perasaan. Selain itu, penulisan dalam blog juga menerapkan tentang
kemahiran berfikir secara kritis dan teka-teki dalam pembelajaran bahasa.
Selain daripada memberi keutamaan pelajar kepada penggunaan teknologi seperti video,
audio, dan gambar, gambar–gambar yang dimuat naikkan di dalam blog ini juga
memainkan peranan penting untuk memberi motivasi kepada diri pemilik blog itu
sendiri. Di samping membaca blog-blog
lain, pelajar boleh membuat pilihan yang lebih bijak dan tepat tentang
bagaimana untuk membantu rakan atau kawan-kawan mereka tentang penulisan blog.
Bab atau subtopik seterusnya ialah
penulisan dalam blog mampu meningkatkan hasil pembelajaran. Bab ini pengarang
akan membincagkan tentang kandungan penulisan blog dalam kalangan pelajar sama
ada di peringkat sekolah atau diperingkat universiti. Selain itu, kajian ini
membincangkan tentang kandungan blog bagi sebelas subjek yang terlibat dalam
kajian ini. Kebanyakkan pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar
belajar bahasa melayu sebagai bahasa kedua. Menerusi kaedah sebegini, pelajar
akan dapat untuk menulis cerita mereka sendiri dengan menggunakan kosa kata
yang mereka telah belajar.
Pada bab atau subtopik berikutnya,
pengarang akan menerangkan tentang cerita musim luruh dalam penulisan blog.
Menerusi bab ini pengarang akan berkongsi dan membincangkan tentang penulisan
peribadi pelajar di dalam blognya semasa musim luruh. Kenapa musim luruh
menjadi pilihan kerana pengarang merasakan musim luruh mempunyai kelainan dan
cuba untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Kebiasaannya pelajar akan suka
menulis pada musim sejjuk kerana banyak idea. Di sebabkan itu, satu kajian telah
dilakukan, hasilnya telah memberikan perubahan kepada pelajar dalam aspek
berkongsi cerita mereka dengan rakan-rakan dalam aspek penulisan dan kehidupan
seharian mereka. Selain itu, penggunaan kata adjektif dan kata kerja ditumpukan
dalam kajian ini.
Pada bab atau subtopik yang keenam
dalam buku ini akan mencerita tentang blog merupakan satu medium atau media
pembelajaran bahasa dan kesusasteraan. Pada bab ini pengarang akan membawa
pembaca lebih dekat dengan blog yang berkaitan dengan bahasa dan kesusasteraan atau
sastera. Analisis wacana membincangkan tentang penggunaan blog sebagai media
bahasa dan sastera. Oleh itu, pelajar diberikan kebebasan mengenai subjek ini
dalam penulisan mereka, termasuk kehidupan seharian mereka. Tambahan pula, kajian
ini dapat menggalakkan pelajar menulis sekurang-kurangnya sekeping sastera
seperti puisi dan monolog dramatik.
Pada subtopik yang ketujuh ini
pengarang akan membawa pembacanya untuk bagaimana hendak membawa pembaca untuk
mengetahui cara-cara yang betul dalam menggunakan blog untuk tujuan
pembelajaran. selain itu, di dalm buku ini juga terdapat berberapa langkah atau
tip untuk mengetahui sama ada sesuatu blog boleh digunakan untuk pembelajaran
atau tidak. Di samping itu, grafik dimasukkan ke dalam blog dapat membantu
pendidik dan pelajar dalam menggunakan blog dan iya merupakan satu cara pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
Bab terakhir dalam buku ini menekankan
tentang etika penulisan dalam blog. Terdapat 10 etika yang harus ada sebelum
memulakan penulisan blog. Antaranya ialah pilihan perkataan, struktur ayat,
tatabahasa, jangan menyentuh isu yang berkaitan keagamaan, politik dan
sebagainya. Jangan menggunakan perkataan yang kasar,berbau ancaman dan terakhir
muat naik gambar-gambar yang sepatutnya.
Etika ini membantu pelajar dalam memulakan penulisan blog peribadi mereka
sendiri.