Jumaat, 18 Disember 2015

KETIKA DAN KALIMAT

“ Ketika dan kalimat ”
Pada kesempatan ini, aku ingin berkongsi pahit getir hidup dalam menempuhi perjalan pada semester ini. Pada awalnya niat hati tidak mahu mengambil subjek BBM 3410 “Bahasa dalam Multimedia”. Disebabkan terdapat berberapa faktor yang tidak dapat diingini terpaksa ambil awal daripada rakan-rakan yang lain. pada peringkat awalnya aku tertanya-tanya betul atau tidak keputusan aku ini. Tekanan bermula sebaik sahaja aku melangkah masuk ke kelas Bahasa dan Multimedia ini, kelewatan mendaftar subjek ini tidakboleh dielakkan, sebaik sahaja masuk kami terus diberikan task atau tugas mengenai unsur grafik iaitu kesesuain, keseimbangan warna, mudah dan teks. Aku yang tidak tahu apa-apa telah diberikan tugasan ini, nasib baik kawan aku Syamil dan Akmal pergi membeli barang-barang yang Dr. Normaliza kehendaki itu. Selain itu, masa yang ditetapkan pula hendaklah dihantar sebelum kul 12 tengah hari, memang terkanan teramat sangat. Akhirnya berjaya juga selesaikan misi pertama ini. Pada petangnya pula, diadakan kelas amali, mintak buat keje lain iaitu kelender pakai photoshop..aduh.. apa pulak photoshop ni. Pada awal memang susah untuk menggunakanya tetapi lama-kelamaan dah jadi biasa.
Pada minggu yang berikutnya, lagi banyak tugasan diberikan. Antaranya ialah 40 gambar iaitu 20 keping flat lay dan 20 lagi quarter flat lay, video one shot two layer dan three layer. Aku dan ahli kumpulan menghabiskan masa hujung minggu dan waktu-waktu terluang untuk melakukan semata-mata tugasan ini sahaja. Aku membahagikan-bahagikan kerja 2 orang shot gambar flat lay dan dua orang lagi shot gambar quarter flat lay. Di sinilah kelihatan keakraban kumpulan aku tetapi dalam keakraban pasukan aku ini terdapat juga pertelingkahan yang tidak dapat dielakkan. Selain itu, terdapat juga perselisihan faham sesama ahli kumpulan, bercanggah pendapat ahli kumpulan, kurang memberikan kerjasama dalam kumpulan, ada yang sentap apabila konsep dan idea tidak diterima pakai  dan ada juga yang merujuk keluar dari kumpulan untuk sementara. Hahhahaha. Macam gelagat dan kerenah dalam kumpulan aku ini. Tidak abis lagi setakat ini ada lagi ceritanya, peristiwa yang tidak boleh dilupakan aku ialah dimana video parady. Semasa pengambaran video parady ini dijalankan cuaca agak panas sehingga crew-crew kami kehitaman huhuhu.. kumpulan kami terpaksa dduduk bertapa di bawah panas terik matahari sehingga ada yang hampir pitam. Selain itu, krew-krew production kumpulan  aku iaitu cempaka kuning terpaksa meredah onak duri dan nyamuk yang mengganas semasa kami meredah hutan untuk penggambaran. Bagi production kami, kami hanya inginkan yang terbaik dalam melakukan sesuatu tugasan. Selain itu, aku dan kumpulan aqku terpaksa membuat rakaman di dalam tandas semata-mata hendak mendapatkan situasi yang sebenar. Orang dekat luar asyik menjeling dan pandang-pandang, ialah masuk dalam tandas bawa masuk kamera dan tripod bagai.
Sesudah rakaman dijalankan tiba pula masa untuk mengedit video. Pada frasa ini mengambil masa agak lama kerana agak mencabar dan bahagian-bahagian di dalam rakaman tidak memenuhi kehendak kami. Semasa aktiviti mengedit video dijalankan terdapat ahli group atau kumpulan aku tertidur,maklumlah penatkan.setelah selesai proses mengedit video, aku mersakan tidak sempurna dan hendak merakam lagi sekali tetapi ditentang sekeras-kerasnya oleh ahli kumpulan yang lain.

Aku rasa sampai sini sahaja aku dapat berkongsi pengalaman semasa mengambil subjek ini banyak pengalaman dan ilmu dipelajari menerusi subjek ini. Diharapkan coretan ini tidak menguris hati mana-mana pihak sama ada secara lansung ataupun tidak. Sebelum aku menutup coretan ini aku ingin mengucapakan setinggi- tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Prof. Madya. Dr. Normaliza binti Abd. Rahim di atas tunjuk ajarnya selama aku mengambi kos ini. Selain itu,tidak ketinggalan juga kepada pembantu Dr Normaliza iaitu Pn Mira dan lain-lain yang membantu aku semasa mengambil subjek ini terutama ahli kumpulan aku iaitu cempaka kuning production. Aku sudah ketika dan kalimat dengan ucapan rinuan terima kasih kepada semua… Assalamualaikum..

VINES

Assalamualaikum dan salam sejahtera... pada hari aq hendek share satu vines daripada group aq.. vines ini merupakan percubaan pertama group aq.. harap korang terhibur dan berpuas hati.. saksikan..


Khamis, 17 Disember 2015

MONTAJ VIDEO BERKUMPULAN

Assalamualaikum dan selamat sejehtera... ari ini sekli lagu aku temui korang sharing something kepada kepada korang semua.. ingat x berberapa hari yang lepas aq ada share montaj gambar kumpulan tetepi kali ini aq nak share kat korang montaj video plak....saksikan.. 



ULASAN BUKU LEARNING THROUGH BLOG WRITING

Salam dan selamat sejahtera semua, aq nak share satu lagi ulasan buku yang aq buat. buku ini agak susah sdkit kerana di tulisan dalam bahasa inggeris kemudian aq traslate ke bahasa Melayu. harap semua yang membaca akan paham ape yang aq cuba smpaikan...salam...



Tajuk : Learning Through Blog Writing (Embracing  the Techonogy)
Pengarang : Normaliza Abd Rahim
Penerbit : Universiti Malaysia Terangganu (UTM).

Ulasan
Buku Learning Through Blog Writing (Embracing the Techonogy) karya Normaliza Abd Rahim ini menerangkan tentang penggunaan dan kebaikan dalam menggunakan  satu media sosial yang dikenali sebagai blog. Buku ini juga akan membantu pembaca untuk menjadi seorang blogger. Dalam  era perkembangan maklumat yang berada di hujung jari ini, media sosial seperti blog adalah medium yang penting dalam mendapat maklumat dan ilmu tambahan.
Berdasarkan buku ini pembaca akan mendapati bahawa terdapat lapan subtopik yang berkaitan dengan blog. Subtopik-subtopiknya ialah apa yang dimaksudakn dengan blog dan apa itu penulisan blog ( What is Blog and Blog Writing), belajar penulisan blog ( Studies on Blog writing ), perspektif terhadap pembelajaran blog ( Perspective Towards Blog Learning ), penulisan dalam blog mampu meningkatkan hasil pembelajaran ( writing in blog  to enhance learning ), cerita musim luruh dalam penulisan blog (autum stories in blog writing), blog merupakan satu medium  atau media pembelajaran bahasa dan kesusasteraan ( blog as media learning language and literature ), memulakan penuisan blog pada hari ini.( let’s start blogging now ) dan etika  penulisan dalam blog (ethics in blog writing ).

Berdasarkan subtopik atau bab satu dalam buku belajar cara penulisan blog yang betul atau Learning Through Blog Writing (Embracing  the Techonogy) ini karya Normaliza Abd Rahim ini. Pengarang akan menceritakan tentang apa yang dimaksudkan dengan blog dan bagaiamana cara penulisan blog. Berdasarkan buku ini, persoalan apa yang sebenar mengenai blog akan terjawab. Blog adalah satu ruangan untuk perbincangan penulisan secara formal atau tidak formal. Melalui blog, pengguna juga boleh menggunakanya untuk berkongsi pengalaman, pengembaraan dan perjalanan hidup kita. Selain itu terdapat juga pengguna yang bijak dan mengambil kesempatan ini untuk menjana keuntungan. Golongan ini akan menggunakan media sosial seperti blog untuk berniaga secara atas talian atau online. Kebiasaannya aktiviti ini dijalankan secara separuh masa atau partime tetapi ada juga yang melakuakn perniagaan jenis ini sepenuh masa.di samping itu, blog juga merupakan satu media yang akan berkesan dan popular yang digunakan oleh masyarakat kini untuk mendapatkan sesuatu maklumat.
Seterusnya bagaimana cara penulisan blog yang sebenarnya. Dalam buku ini menerangkan terdapat 11 tip atau cara menulis dalam blog yang berkesan.  Antaranya ialah mempunyai atau memiliki sesuatu untuk diceritakan, penceritaan sesuatu itu biar mendalam atau spesifik, penekanan kepada pemilihan kata yang ringkas, penggunaan ayat-ayat yang bersifat ringkas atau tunggal, menggunakan pendekatakan suara yang berisifat positif, penggunaan perenggan–perenggan pendek, mengurangkan penggunan perkataan yang tidak sepatutnya dan tidak terlalu berlebih-lebih ketika menceritakan tentang sesuatu itu. Selain itu, menurut buku ini juga terdapat 20 langkah untuk menulis blog yang menarik. Antaranya ialah beritahu cerita yang ingin disampaikan, berkongsi apa yang kamu rasa atau bagaimana dengan perasaan kamu semasa menulis, menulis sesuatu atau perkara yang penting tentang diri anda sendiri, menulis dengan pelbagai jenis penulisan, tidak tetap pada satu perkara sahaja contohnya penulisan mengenai ekonomi, sejarah dan sains, menyedari kesilapan dan tidak melakukannya lagi, mencari sesuatu yang menarik tentang anda atau dalam kehidupan anda, membuat brainstorm, memperbanyakkan latihan dalam penulisan blog dan banyak lagi yang boleh perolehi didalam buku ini.
Pada bahagian atau subtopik kedua, buku ini menceritakan tentang bagaimana cara belajar penulisan blog. Pengarang akan membawa pembaca tentang perbincangan kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari seluruh dunia yang berkaitan dengan penulisan blog. Selain itu, bab ini juga ada menceritakan bahawa menerusi blog akan meningkatkan keyakinan pelajar bagi aspek bertulis dan akan membantu mereka memaksimumkan usaha mereka. Di samping itu, belajar melalui media sosial seperti blog merupakan satu cara pembelajaran yang mempunyai nilai positifnya dan berkesan. Blog merupakan satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca tetapi penulis blog tidak akan mementingkan ganjaran. Mereka hanya berkongsi sedikitik ilmu yang diperolehi olehnya sahaja.
Bagi subtopik perspektif terhadap pembelajaran blog ini, pengarang akan menceritakan tentang perspektif atau pandangan yang meliputi jenis-jenis penulisan yang disukai oleh pelajar semasa menulis dalam blog. sama ada puisi, cerpen, skrip, pantun dalam kesusasteraan atau surat, perasaan. Selain itu, penulisan dalam blog juga menerapkan tentang kemahiran berfikir secara kritis dan teka-teki dalam pembelajaran bahasa. Selain daripada memberi keutamaan pelajar kepada penggunaan teknologi seperti video, audio, dan gambar, gambar–gambar yang dimuat naikkan di dalam blog ini juga memainkan peranan  penting untuk  memberi motivasi kepada diri pemilik blog itu sendiri.  Di samping membaca blog-blog lain, pelajar boleh membuat pilihan yang lebih bijak dan tepat tentang bagaimana untuk membantu rakan atau kawan-kawan mereka tentang penulisan blog.
Bab atau subtopik seterusnya ialah penulisan dalam blog mampu meningkatkan hasil pembelajaran. Bab ini pengarang akan membincagkan tentang kandungan penulisan blog dalam kalangan pelajar sama ada di peringkat sekolah atau diperingkat universiti. Selain itu, kajian ini membincangkan tentang kandungan blog bagi sebelas subjek yang terlibat dalam kajian ini. Kebanyakkan pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar belajar bahasa melayu sebagai bahasa kedua. Menerusi kaedah sebegini, pelajar akan dapat untuk menulis cerita mereka sendiri dengan menggunakan kosa kata yang mereka telah belajar.
Pada bab atau subtopik berikutnya, pengarang akan menerangkan tentang cerita musim luruh dalam penulisan blog. Menerusi bab ini pengarang akan berkongsi dan membincangkan tentang penulisan peribadi pelajar di dalam blognya semasa musim luruh. Kenapa musim luruh menjadi pilihan kerana pengarang merasakan musim luruh mempunyai kelainan dan cuba untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Kebiasaannya pelajar akan suka menulis pada musim sejjuk kerana banyak idea. Di sebabkan itu, satu kajian telah dilakukan, hasilnya telah memberikan perubahan kepada pelajar dalam aspek berkongsi cerita mereka dengan rakan-rakan dalam aspek penulisan dan kehidupan seharian mereka. Selain itu, penggunaan kata adjektif dan kata kerja ditumpukan dalam kajian ini.
Pada bab atau subtopik yang keenam dalam buku ini akan mencerita tentang blog merupakan satu medium atau media pembelajaran bahasa dan kesusasteraan. Pada bab ini pengarang akan membawa pembaca lebih dekat dengan blog yang berkaitan dengan bahasa dan kesusasteraan atau sastera. Analisis wacana membincangkan tentang penggunaan blog sebagai media bahasa dan sastera. Oleh itu, pelajar diberikan kebebasan mengenai subjek ini dalam penulisan mereka, termasuk kehidupan seharian mereka. Tambahan pula, kajian ini dapat menggalakkan pelajar menulis sekurang-kurangnya sekeping sastera seperti puisi dan monolog dramatik.
Pada subtopik yang ketujuh ini pengarang akan membawa pembacanya untuk bagaimana hendak membawa pembaca untuk mengetahui cara-cara yang betul dalam menggunakan blog untuk tujuan pembelajaran. selain itu, di dalm buku ini juga terdapat berberapa langkah atau tip untuk mengetahui sama ada sesuatu blog boleh digunakan untuk pembelajaran atau tidak. Di samping itu, grafik dimasukkan ke dalam blog dapat membantu pendidik dan pelajar dalam menggunakan blog dan iya merupakan  satu cara pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


Bab terakhir dalam buku ini menekankan tentang etika penulisan dalam blog. Terdapat 10 etika yang harus ada sebelum memulakan penulisan blog. Antaranya ialah pilihan perkataan, struktur ayat, tatabahasa, jangan menyentuh isu yang berkaitan keagamaan, politik dan sebagainya. Jangan menggunakan perkataan yang kasar,berbau ancaman dan terakhir muat naik gambar-gambar  yang sepatutnya. Etika ini membantu pelajar dalam memulakan penulisan blog peribadi mereka sendiri.

ULASAN BUKU WACANA BAHASA

Tajuk buku: Wacana Bahasa.
Pengarang: Normaliza Abd Rahim.
Penerbit:Universiti Malaysia Terangganu (UTM).

Ulasan

Wacana Bahasa merupakan sebuah buku yang membincangkan secara langsung tentang perkaitan teknologi, bahasa, teater dan kesusasteraan atau sastera. Buku ini amat sesuai kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah, kolej-kolej dan pelajar universiti khususnya yang mengambil kos yang berkaitan bahasa dalam multimedia. Pelbagai ilmu yang berkaitan dengan teknologi, bahasa, teater dan kesusasteraan terdapat didalamnya.
Di dalam buku ini, terdapat 9 subtopik iaitu teater kanak-kanak(teater), penggunaan media teknologi(teknologi), penulisan  papan cerita(teknologi), pantun Melayu(kesusasteraan), sajak Melayu(kesusasteraan), kata kerja dalam cerita binatang(bahasa), antonim bahasa Melayu(bahasa), penerapan nilai sosial melalui lakonan cerita(teater) dan nilai murni dalam peribahasa Melayu(bahasa).
Buku wacana bahasa hasil penulisan Nomaliza Abd Rahim amat menarik kerana menggabungkan 4 aspek  yang berbeza tetapi digabungkan di dalam sebuah buku. Apabila membaca buku ini pembaca akan dapat mengetahui bahawa pengarang sedang cuba untuk membawa pembaca mengaplikasikan keempat-empat aspek itu. Pembaca perlu membaca dan memberikan penumpuan pada setiap subtopik atau bab. yang terdapat di dalam buku ini.
Bagi aspek atau bahagian teater.buku ini menerangkan tentang teater kanak-kanak. Di dalam subtopik ini, pengarang akan menerangkan apa itu teater kanak-kanak? Bagaimana kanak-kanak ini menonton teater dan apa pandangan kanak-kanak ini selepasa menonton sesebuah teater kanak-kanak. Kesannya ialah kanak-kanak akan meniru semula watak atau suara yang terdapat dalam sesebuah teater yang ditontonya. Kesanya ini benar kerana pengarang sendiri yang menjalankan kajian terhadap kanak-kanak ini.
Bagi aspek teknologi pula,terdapat dua tajuk yang berkiatan dengan teknologi iaitu penggunaan media teknologi dan penulisan papan cerita. Bagi penggunaan media teknologi pembaca harus memberikan tumpuan pada bab ini kerana pengarang menerangkan tentang perkembangan teknologi yang terdapat di negara ini. Terdapat berberapa peringkat dalam penggunaan teknologi  iaitu peringkat permulaan, perluasan, kawalan, teknologi maklumat, pengurusan data dan kematangan. Selain itu pada subtopik atau bab ini juga pembaca akan mendapat ilmu mengenai bagaimana untuk menghasilkan satu shot video klip. Satu shot video klip adalah aktiviti yang melibatkan penggunaan video yang cuma menggunakan satu shot sahaja tanpa mengerakkan video tersebut.
Seterusnya penulisan papan cerita. Bagi subtopik ini pengarang akan membawa pembacanya untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan papan cerita? Bagaiamana cara menentukan tema dalam papan cerita? Bagaiamana cara mencipta pantun dua kerat atau empat kerat untuk papan cerita dan bagaimana cara menggunakan teknologi dalam papan cerita? Pengarang menggunakan medium yang ringkas dalam penulisan papan kunci iaitu pantun. Pantun menjadi pillihan kerana pantun amat sesuai untuk digunakan jika masej yang ingin disampaikan itu ingin ditujukan kepada seseorang di dalam sesuatu majlis. Kebiasaannya dalam sesuatu majlis pantun dua kerat akan selalu digunakan berbanding pantun empat kerat. Hal ini kerana, pantun ini mempunyai masej, mudah untuk difahami dan pendegar berasa begitu selesa setelah memahaminya.
Seterusnya ialah pantun Melayu, pantun Melayu tergolong di bawah aspek atau komponen kesusasteraan Melayu. Pada bab ini pengarang akan menerangkan tentang asal usul pantun Melayu, jenis-jenis pantun Melayu struktur asas sesebuah pantun yang dicipta dan menganalisis wacana interaksi pelajar  di dalam sebuah kumpulan kecil semasa perbincangan dan perbualan mengenai pantun Melayu dan lain-lain. Pantun ialah salah satu puisi lama yang masih digunakan sehingga kini. Pantun juga dianggap sebagai satu khazanah Melayu yang tinggi nilainya jika tidak dijaga akan pupus ditelan zaman.puisi yang berbentuk pantun ini dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan sesuatu masej dan luahan perasaan hati seperti perasaan sedih, gembira dan lain-lain. Menurut pengarang pantun pada masa kini mempunyai dua jenis pantun iaitu pantun tradisional dan pantun moden. Pada asasnya pantun terdiri dari empat baris yang boleh berdiri sendiri dengan skema rima abad. Dua baris diatasnya merupakan pembayang dan dua baris berikutnya mengandungi isi.
Seterusnya subtopik yang berada di bawah aspek atau komponen kesusasteraan ialah sajak Melayu. tujuan penulisan sajak Melayu adalah untuk menceritakan sesuatu perkara yang berlaku. Selain itu, sajak juga ditulis untuk meluahkan perasaan terhadap alam, keindahan, percintaan serta nilai estetika yang lain. Bagi mengetahui sesebuah sajak itu mempunyai citra manusia atau kemanusian terdapat satu teori yang dapat yang boleh mengasingkannya teori tersebut ialah Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L (Luhur,Lahir,Logik,Lateral). Terdapat juga satu kajian yang dilakukan di dalam bab ini, kajian ini dilakukan dengan memberikan dua buku yang berlainan karya A.Samad Said iaitu buku “Jika” dan “Waris Bertuah”. Tujuan kajian ini dilakukan sebenarnya adlah untuk menganalisis maksud yang disampaikan di dalam sajak tersebut.
Pada sabtopik ke enam ini, pengarang akan menjelaskan tentang aspek bahasa iaitu aspek kata kerja dalam cerita binatang. Pembaca perlu memberikan penumpuan kajian ini dilakukan ke atas pelajar yang menghidapi penyakit sindrom asperger. Penyakit sindrom asperger lebih memerlukan tumpuan terhadap perlakuan yang berulang kali dalam cerita sosial. Terdapat satu kajian yang dilakukan dan dibahagikan kepada tiga demensi atau bahagian iaitu penggunaan kata kerja pelajar sindrom asperger, persoalan daripadapelajar sindrom asperger itu sendiri dan penceritaan yang disampaikan oleh pelajar sindrom asperfer. Bagi pelajar sindrom asperger, mereka sukakan pergerakan yang berulang-ulang atau dalam kata yang lebih mudah iaitu banyak kali supaya mereka ini mudah faham dan cepat menguasainya. Contohnya perkataan yang digunakan dalam penceritaan cerita binatang ialah lompat, lari, makan, jerit, tidur dan lain-lain. bagi contoh pertanyaan yang diutarakan oleh pesakit sindrom asperger ini ialah “mengapa arnab itu melompat? bila kuning itu jatuh? dan kenapa tikus itu berlari?”
Salah satu aspek bahasa yang menjadi pilihan pengarang ialah antonim bahasa. Pada subtopik ini pembaca akan mendapat ilmu yang berkaitan dengan apa yang dimaksudkan dengan antonim, peranan bahasa Melayu, kesalahan tatabahasa dari aspek fonologi bagi pelajar yang bukan penutur jati atau asli bahasa Melayu. Peranan bahasa yang diulaskan di dalam buku ini ialah bahasa boleh menjadi satu alat penghubung yang menyatukan masyarakat atau rakyat di Malaysia dan menjadikan bahasa komunikasi dalam masyarakat terutamanya dalam kalangan pelajar. Selain itu terdapat juga penerang mengenai penggunaan antonim dalam  pembentukan soalan dan penggunaan antonim dalam pembentukan ayat.persoalan-persoalannya berbentuk seperti “mengapakah”, “bilakah” , “bagaimanakah” dan “siapakah” Contoh penggunaan antonim dalam perbentukan soalan ialah “mengapakah budak lelaki itu tinggi dan budak perempuan itu rendah? adakah dinding kedai itu hitam atau putih? bilakah tali panjang itu dipotong menjadi pendek? dan bagaimanakah cara hendak membuat air panas menjadi sejuk?”
Pada bab kelapan ini, pengarang akan menerangkan tentang bagaimana cara menerapkan nilai-nilai murni atau sosial melalui lakonan cerita kepada pelajar-pelajar yang menghidapi penyakit sindrom asperger. Terdapat satu teori yang diaplikasikan oleh Baron-Cohen, Alan Leslie dan Uta Firth iaitu teori “theory of mind”. Teori ini ialah satu teori psikologi  yang sangat popular untuk kanak-kanak yang menghidapi penyakit asperger. Pada peringkat ini nilai sosial melalui lakonan cerita berteraskan berberapa konsep iaitu konsep terima kasih dan pertolongan, nilai beratur di dalam kehidupan seharian mereka dan tolong-menolong. Kesan daripada cerita kasih sayang dan tolong ini akan membantu mereka iaitu pelajar sindrom asperger untuk menambah keyakinan diri mereka. Bagi cerita kedua pula iaitu nilai beratur dalam kehidupan seharian mereka, kesan yang diperolehi ialah membantu dari aspek sikap yang berdisiplin bagi cerita ketiga atau terakhir iaitu tolong-menolong, kesanya yang diperolehi ialah pelajar yang menghadapi penyakit sindrom asperger ini akan dapat saling membantu antara satu sama yang lain. Berdasarkan ketiga-tiga cerita sosial ini pembaca akan dapat membantu kanak-kanak ini dalam kehidupan seharian mereka.
Bab terakhir di dalm buku wacana bahasa karya Normaliza Abd Rahim akan menerangkan aspek bahasa iaitu nilai murni dalam peribahasa Melayu. pada bab ini pengarang akan menerangkan tentang apa yang dimaksudkan dengan peribahasa? penghasilan sesebuah peribahasa berdasarkan apa? nilai-nilai yang terdapat dalam sesebuah peribahasa. Maksud peribahasa ialah satu cara penyampaian sesuatu maklumat dengan menggunakan bahasa yang halus serta memerlukan pergertian yang mendalam. Selain itu, dalam bab ini juga pengarang ada memberitahu penghasilan sesebuah peribahasa itu berdasarkan latar tempat atau latar belakang budaya, pengalaman dan struktur skema imej pengguna atau penutur. Terdapat banyak contoh-contoh peribahasa yang mengandungi nilai di dalamnya antaranya ialah seperti kunyit dan kapur (nilai mudah mesra), kalau takut hendak pecahkan royong manakan dapat sagunya (nilai usaha), bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat (nilai perpaduan).


MONTAJ GAMBAR KUMPULAN

Hai dan selamat sejahtera semua, hari ini aku dengan berbesar hati nak kongsikan satu lagi aktiviti yang dilakukan oleh group aq. kami telah buat satu montaj gambar. gambar yang kami amek ialah gambar2 yang pernah terlibat semasa kami melakukan pengambaran. Aq dan group  lakukan ini adalah satu langkah untuk mengingati sejarah perjalanan kumpulan kami sepanjang semester ini...,macam perangai,kerenah dan tabiat kelihatan pada group aq ini..
harap korang yang melihat akan enjoy.. aq sayang korang semua... i love cempaka kuning production...


Isnin, 14 Disember 2015

VIDEO MONTAJ

hai dan selamat sejahtera semua, hari ini aku ini berkongsi satu lagi montaj kepada semua... masih ingat montaj bergambar semperna jalinan kasih @ 15 di Parit Raja Johor.  tapi kali ini aku beri sedikit kelainan dan aq rase xde orng buat montaj cam aq hahahaha.. aku nak share satu montaj video dekat korang... aku kongi bersama-sama orang apa aktiviti mtm kolej aq buat minggu lepas... kami buat BBQ makan ramai-ramai  untuk rapat ukhwah sesama kami.. harap korang enjoylah iye....123..