Isnin, 12 Oktober 2015

BBM 3410 SALAM PERKENALAN

asalamualaikum dan salam sejahtera semua,









Assalamualaikum dan salam sejahtera, lama tidak dengar cerita apa khabar semua? Harapnya kalian sihat disisi keluarga masing-masing. hari ini saya akan mencerita perihal saya sebagai seorang blogger dan pada masa yang sama juga sebagai seorang pelajar.

Nama diberi Muhammad Zaidi bin Ibrahim berusia 22 tahun. Saya merupakan anak ketiga dari tiga orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki. Saya berasal daripada Kampung Duyong Melaka dan sekarang menetap di kampung Bukit Katil Melaka. Saya merupakan salah seorang mahasiswi di Universiti Putra Malaysia. Di UPM saya mengambil kos bacelor bahasa dan linguistik melayu dan minor seni persembahan.

Saya mendapat pendidikan awal di tadika Pasti Al-Hidayah pada tahun 1999. kemudiannya menyambung pelajar ke peringkat sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Duyong, Melaka (2000).
Seterusya saya menyambung pengajian di sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil pada tahun 2006. Setelah berjaya menamatkan alam persekolahan menengah saya terus menyambung pengajian ke peringkat Pra-Universiti di Sekolah menengah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka pada tahun 2011 dan tamat pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2013 saya telah menyambung pengajian untuk peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan dijangkan akan menamatkan pengajian pada tahun 2017.


" berkongsi ilmu demi kebaikan"
IsyaAllah

-amin-